Thursday, 28 June 2012

DOA MAKBUL

Doa ialah permohonan atau permintaan yang baik kepada Tuhan biasanya dalam bentuk ayat-ayat al-Quran, hadis atau susunan kata-kata yang syahdu.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ghafir ayat ke-60, maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman:
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
PETUA-PETUA DOA MAKBUL
  1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah.
  2. Memulakan dengan pujian kepada Allah, diikuti dengan selawat ke atas Nabi SAW. Sekurang-kurang kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdulillah dan Wassalatu wassalam ala Rasulillah.
  3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi SAW juga.
  4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah s.w.t.
  5. Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.
  6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan.
  7. Berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Allah.
  8. Sentiasa berdoa pada setiap masa, sama ada ketika senang atau susah.
  9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan orang lain dan memutuskan silaturrahim.
  10. Tidak berdoa pada tempat maksiat.
  11. Merendahkan suara.
  12. Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak tiga kali.
  13. Mengadap ke arah kiblat.
  14. Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
  15. Berdoa dalam keadaan berwuduk.
  16. Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat.
  17. Tidak bersajak dalam berdoa.
  18. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna (al-jami’).
  19. Menyeru Allah s.w.t. dengan nama-nama-Nya yang mulia.
  20. Makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal.
  21. Hendaklah melakukan al-amru bil ma’ruf wan nahyi amil munkar.
  22. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.
  23. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari.
  24. Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.
  25. Mengaminkan doa yang dibacakan.
sumber: Doa & Zikir Harian – Ust. Zahazan Mohamed
Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment